Friday, January 15, 2010

KEMBALI DARI TANAH SUCI 2009

KEMBALI DARI TANAH SUCI
Pengerusi Yayasan Sulami Bersyukur Ke Hadhirat Illahi



Pada 24 Disember 2009 Pengerusi Yayasan Sulami selamat sampai ke tanahair setelah mengetuai rombongan jemaah haji ke tanah suci Mekah pada musim ini. Beliau memberi perkhidmatan kepada 300 orang ahli rombongan menjadi tetamu Allah. Sebagai tanda kesyukuran kerana telah selamat pergi dan pulang maka Sheikh Ali Mekah telah mengadakan Kenduri Kesyukuran pada 27 Disember 2009 di Markas Yayasan Sulami Alai Melaka. Seperti biasa tetamu istimewa dalam majlis-majlis tajaan Yayasan Sulami ialah anak-anak yatim dan fakir miskin.

Pada hari tersebut seramai 400 orang anak yatim dan 150 oarang fakir miskin telah diundang dan menjadi tetamu khas di Majlis Kenduri Kesyukuran ini. Beliau sendiri telah memimpin tahlil dan doa di surau Yayasan Sulami. Sejumlah 850 orang tetamu telah hadir termasuk anak yatim, fakir miskin, sahaabat handai, jirantetangga dan tidak kurang 50 orang para jemaah haji dalam rombongan tahun ini turut memeriahkan majlis ini. Mereka dihidangkan nasi beriani dan kueh mueh.

Sebanyak 4 ekor kambing telah disembelih untuk tujuan ini. Seperti biasa segala perbelanjaan dibiayai daripada tabung kewangan Yayasan Sulami yang dikumpulkan dari orangramai yang perihatin. Segala upah perbelanjaan memberi perkhidmatan kepada rombongan haji oleh Sheikh Ali Mekah juga diimpak ke dalam tabung ini.

Kepada anda yang ingin menyumbang, silalah hubungi Sheikh Ali Mekah atau datang sendiri ke Markah Yayasan Sulami, Alai Melaka. Wasalam.

oleh TSBEN