Wednesday, November 11, 2009

PENGORBANAN YAYASAN SULAMI

FAKIR & ANAK YATIM ADALAH TIANG SERI YAYASAN SULAMI



Untuk menjalankan amal meskipun sukarela, bukanlah perkara mudah. Lebih-lebih lagi perjuangan menjayakan aktiviti Yayasan Sulami yang semata-mata bagi memastikan objektif dan matlamatnya tercapai. Objektif dan matlmat Yayasan Sulami bukan sahaja memberi bantuan kepada fakir dan anak yatim yang terdapat dalam senarainya tetapi memastikan mereka terbela dalam mengharungi kehidupan seharian yang sangat mencabar pada masa ini.


Dalam melaksanakan kerja amal ini terdapat banyak hambatan atau dugaan dan halangan. Kerja baik ini bukan ada jaminan disukai semua orang. Dan tentunya orang berhati busuk dan berpenyakit menjadi halangan utama. Mereka berselindung disebalik pelbagai fahaman. Sebenarnya mereka adalah musuh Allah yang terdiri dari syaitan-syaitan yang bersembunyi.


Pada malam 27 Ramadhan 1430 yang lalu, bersamaan 17 September 2009, Yayasan ini telah mengadakan jamuan meraikan fakir dan anak yatim. Mereka diberi duit belanja ala kadar bagi menghadapi hari raya. Duit yang diberi adalah dari sumbangan orang ramai dan zakat yang di terima oleh Yayasan Sulami. Sedihnya, ada agensi lain dan kumpulan-kumpulan tertentu yang mempertikaikannya atau berasa tidak senang dengan aktiviti Yayasan Sulami. Sebenarnya selama ini Yayasan Sulami bergiat secara pasrah iaini berserah kepada Allah. Kami hanya berusaha dan berdoa. Alhamdulillah, ternakan kami iaitu lembu dan kambing banyak yang bunting walaupun sering disembelih untuk majlis-majlis yang kami adakan.


Pada malam tersebut sebanyak dua ekor lembu dan 6 ekor kambing telah disembelih untuk jamuan di majlis itu bersempena dengan khatam quran dan meraikan fakir dan anak-anak yatim. Nasi beriani, nasi tomato dan kuih-muih telah disediakan oleh Yayasan Sulami dibawah arahan dan pantauan pengerusinya Al Fadhil Ustaz Hj Ali Melaka. Kemah khas dengan muatan 1000 orang dipenuhi tetamu dan jemputan. Pada jam 10.00 malam, semua lauk habis dihidang dan diedarkan. Tetamu yang sampai lewat selepas jam 10.00 malam hanya dapat menjamu nasi tomato tanpa lauk dan kuih-muih yang berbaki. Ketika solat tarawih di surau berjalan, tetamu yang baru datang dan menjamu selera berterusan hingga jam 10.00 malam.



Suasana ini perlu dicatatkan di sini sebagai bukti sambutan ikhlas yang diterima oleh Yayasan Sulami dari orang ramai yang terdiri dari penduduk tempatan yang berdekatan dan juga dari seluruh Melaka yang mengetahui dan mengenali Yayasan Sulami dan aktiviti-aktiviti yang dijalankannya. Kehabisan makanan pada malam itu telah menggambarkan anggaran jumlah hadirin yang datang. Seramai 3,000 orang diperkirakan telah hadir. Tetapi yang pasti seramai 300 anak yatim dan 200 keluarga fakir telah dijamu dan diraikan.



Berdekatan dengan markas Yayasan Sulami iaitu di Baiti Ali, Km 6, Kampung Permatang Pasir, Alai, Melaka sekitar 1 km terdapat ada kumpulan lain juga bertindak seperti Yayasan Sulami dengan mengagih-agihkan beras kepada penduduk berdekatan. Yayasan Sulami tidak berasa aneh tetapi sebaliknya bergembira tanpa mengambil tahu apakah motif mereka. Yang aneh pada pandangan para tetamu kami pada malam itu ialah agihan beras yang dikatakan sebagai zakat bagi fakir miskin untuk digunakan menjelang hari raya itu diagih-agihkan sebarangan iaitu kepada sesiapa saja. Walau bagaimana pun Yayasan Sulami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana dapat menyumbang sebagaimana aktiviti Yayasan Sulami.
Oleh TRTY

Friday, October 23, 2009

ANAK YATIM DAN FAKIR BERAYA BERSAMA YAYASAN SULAMI

YAYASAN SULAMI PERIHATIN TERHADAP FAKIR DAN ANAK YATIM

Masih belum terlambat Yayasan ini menguar-uarkan aktiviti yang telah berjalan selama sebulan Syawal pada tahun 2009 ini. Seperti biasa Markas sementara Yayasan Sulami iaitu di Baiti Ali dan di Surau Ustaz Ali Mekah yang juga dikenali sebagai Ustaz Ali Melaka terletak di KM6 Alai, Padang Temu Melaka dipenuhi oleh fakir miskin dari kawasan berdekatan telah datang beramai-ramai dan berkumpul bersama-sama anak yatim.

Setelah menunaikan solat sunat Aidil Fitri mereka telah dijamu nasi briyani dan kuih-muih hari raya yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Yang dihormati, Al Fadhil Ustaz Ali Mekah. Ustaz Ali sendiri telah mengimamkan solat Raya dan mengalu-alukan semua tetamu yang hadir. Para jemputan adalah terdiri dari para penderma dan mereka yang telah sama-sama berusaha menjayakan program khusus untuk fakir dan anak-anak yatim.

Lebih kurang 250 anak-anak yatim telah hadir dan 600 daripada 200 keluarga fakir miskin dan 250 tetamu jemputan yang terdiri dari para penyumbang telah hadir meraikan bersama majlis tersebut. Dianggarkan sejumlah 1500 orang telah sama-sama meneyertainya apabila dikira keluarga Ahli Jawatankuasa Yayasan Sulami dan keluarga jiran-jiran bersebelahan.

Yayasan Sulami mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana majlis meraikan ana-anak yatim dan fakir miskin ini telah berlangsung dengan meriah dengan salam ukwah dan berjaya menepati objektifnya. Acara tahunan ini tidak akan berjaya jika tiada sumbangan dan bantuan kewangan mahupun tenaga daripada mereka-mereka yang prihatin. Semoga Allah juga yang membalas amal jariah yang mereka lakukan.

Anak-anak yatim dan keluarga yang tidak bernasib baik itu juga dibekalkan makanan dan kuih-muih untuk dibawa pulang disamping duit raya. Sudah tentu mereka bergembira dan merasa mereka tidak dilupakan meskipun mereka menerima dalam bentuk yang ala kadar saja mengikut kemampuan Yayasan ini yang menerima hasil sumbangan daripada orang ramai.

Di pagi Hari Raya itu, Yayasan Sulami telah menyebelih seekor lembu dan tiga ekor kambing. Setiap keluarga fakir diberi duit raya sekurang-kurangnya RM50.00. Manakala anak-anak yatim sekurang-kurangnya RM5.00 seorang.

Aktiviti beraya ke rumah-rumah Ahli Jawatankuasa dan penduduk berdekatan berterusan sehingga akhir syawal pada minggu lepas. Rumah, surau dan markah Yayasan Sulami tidak putus-putus dilawati tetamu yang terdiri dari keluarga fakir dan juga sahabat taulan serta penduduk berdekatan serta saudara mara yang datang berhari raya dan menziarah.

Sehubungan dengan itu Yayasan Sulami ini merayu kepada anda semua agar memberi sokongan dan membantu kami bersama-sama, kita bekerja melakukan pekerjaan amal ini untuk diri kita sendiri dalam mencari keredhaan Allah. Kita harus bersyukur terhadap kenikmatan dan kesenangan yang Tuhan limpahkan kepada kita dan pada waktu yang sama kita menyumbang sedikit utk saudara seagama kita yang tidak bernasib baik. Wasalam.

Oleh TSEN