Friday, October 23, 2009

ANAK YATIM DAN FAKIR BERAYA BERSAMA YAYASAN SULAMI

YAYASAN SULAMI PERIHATIN TERHADAP FAKIR DAN ANAK YATIM

Masih belum terlambat Yayasan ini menguar-uarkan aktiviti yang telah berjalan selama sebulan Syawal pada tahun 2009 ini. Seperti biasa Markas sementara Yayasan Sulami iaitu di Baiti Ali dan di Surau Ustaz Ali Mekah yang juga dikenali sebagai Ustaz Ali Melaka terletak di KM6 Alai, Padang Temu Melaka dipenuhi oleh fakir miskin dari kawasan berdekatan telah datang beramai-ramai dan berkumpul bersama-sama anak yatim.

Setelah menunaikan solat sunat Aidil Fitri mereka telah dijamu nasi briyani dan kuih-muih hari raya yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Yang dihormati, Al Fadhil Ustaz Ali Mekah. Ustaz Ali sendiri telah mengimamkan solat Raya dan mengalu-alukan semua tetamu yang hadir. Para jemputan adalah terdiri dari para penderma dan mereka yang telah sama-sama berusaha menjayakan program khusus untuk fakir dan anak-anak yatim.

Lebih kurang 250 anak-anak yatim telah hadir dan 600 daripada 200 keluarga fakir miskin dan 250 tetamu jemputan yang terdiri dari para penyumbang telah hadir meraikan bersama majlis tersebut. Dianggarkan sejumlah 1500 orang telah sama-sama meneyertainya apabila dikira keluarga Ahli Jawatankuasa Yayasan Sulami dan keluarga jiran-jiran bersebelahan.

Yayasan Sulami mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana majlis meraikan ana-anak yatim dan fakir miskin ini telah berlangsung dengan meriah dengan salam ukwah dan berjaya menepati objektifnya. Acara tahunan ini tidak akan berjaya jika tiada sumbangan dan bantuan kewangan mahupun tenaga daripada mereka-mereka yang prihatin. Semoga Allah juga yang membalas amal jariah yang mereka lakukan.

Anak-anak yatim dan keluarga yang tidak bernasib baik itu juga dibekalkan makanan dan kuih-muih untuk dibawa pulang disamping duit raya. Sudah tentu mereka bergembira dan merasa mereka tidak dilupakan meskipun mereka menerima dalam bentuk yang ala kadar saja mengikut kemampuan Yayasan ini yang menerima hasil sumbangan daripada orang ramai.

Di pagi Hari Raya itu, Yayasan Sulami telah menyebelih seekor lembu dan tiga ekor kambing. Setiap keluarga fakir diberi duit raya sekurang-kurangnya RM50.00. Manakala anak-anak yatim sekurang-kurangnya RM5.00 seorang.

Aktiviti beraya ke rumah-rumah Ahli Jawatankuasa dan penduduk berdekatan berterusan sehingga akhir syawal pada minggu lepas. Rumah, surau dan markah Yayasan Sulami tidak putus-putus dilawati tetamu yang terdiri dari keluarga fakir dan juga sahabat taulan serta penduduk berdekatan serta saudara mara yang datang berhari raya dan menziarah.

Sehubungan dengan itu Yayasan Sulami ini merayu kepada anda semua agar memberi sokongan dan membantu kami bersama-sama, kita bekerja melakukan pekerjaan amal ini untuk diri kita sendiri dalam mencari keredhaan Allah. Kita harus bersyukur terhadap kenikmatan dan kesenangan yang Tuhan limpahkan kepada kita dan pada waktu yang sama kita menyumbang sedikit utk saudara seagama kita yang tidak bernasib baik. Wasalam.

Oleh TSEN